Pepatah untuk renungan

1. Jangan membiarkan kehormatan dirimu menjadi sasaran bagi panah tuduhan dan cercaan (umpatan).
2. Seseorang yang irihati dan dengki merasa bahawa hilangnya kenikmatan kamu adalah suatu kenikmatan baginya.
3. Janganlah terlalu banyak member alasan, sesungguhnya dusta banyak sekali bercampur dengan alasan-alasan.
4. Marah-marah bermula dari kegilaan dan berahir dengan penyesalan.
5. Empat perkara yang kecilnya adalah besar, iaitu; api, permusuhan, penyakit dan kemelaratan.
6. Maksiat seorang alim jika dirahsiakan hanya akan merugikan dirinya sendiri, tetapi jika diketahui orang, boleh merugikan dirinya dan juga ummat.
7. Hari ini (di dunia) amal perbuatan tanpa hisab, dan esok hari (di akhirat) hisab tanpa beramal.
8. Timbulnya fitnah pertama kali disebabkan oleh hawa nafsu yang dituruti dan hukum-hukum ciptaan manusia yang diikuti.
9. Seburuk-buruk penipuan ialah orang yang menipu dirinya sendiri.
10. Janganlah irihati dan dengki, sesungguhnya irihati dan dengki akan memakan iman sebagaimana api memakan kayu bakar.
11. Kegeisahan kamu terhadap musibah yang menimpa kawan kamu lebih baik dari kesabaran kamu, dan kesabaran kamu terhadap musibah yang menimpa kamu lebih baik dari kegelisahan kamu.
12. Sangkaan-sangkaan selalu mendesak hal yang dirahsiakan dan pada akhirnya terbongkar juga rahsia itu.
13. Bermesyuarat adalah ringan bagi kamu, tetapi berat bagi orang lain.
14. Hak hendaklah diperjuangkan dengan gigih, kalau tidak maka hak pasti dikalahkan oleh kebatilan.
15. Safar (perjalanan) adalah sebahagian dari siksaan tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya.
16. Takziah sesudah tiga hari hanyalah memperbaharui kesedihan (musibah), dan ucapan tahniah sesudah tiga hari hanyalah meremehkan kasihsayang.
17. Menggerakkan orang yang diam lebih mudah daripada menggerakkan orang yang bergerak.
18. Hamba syahwat lebih hina dari hamba perhambaan.
19. Harapan adalah kawan yang menyenangkan, jika kamu tidak mencapainya maka kamu sudah pernah gembira dengan pengharapan itu.
20. Makin ramai pemegang kunci gudang, makin banyak kehilangan barangannya.
21. Makin banyak tukang masaknya, makin rosak makanannya.
22. Orang yang menerima kebaikkan kamu bererti telah menjual harga dirinya kepada kamu.
23. Musuh yang paling ringan makarnya terhadap kamu ialah yang paling terang-terangan memusuhi kamu.
24. Yang paling bermanfaat bagi masyarakat ialah matinya para penjahat.
25. Cinta asmara adalah suatu keletihan yang kebetulan berjumpa dengannya hati yang kosong.
26. Apabila kamu letih kerana melakukan kebajikan, maka keletihan kamu akan hilang tetapi kebajikan akan tetap adanya.
27. Janganlah mengejar kehidupan untuk makan, tetapi carilah makan untuk hidup.
28. Sebaik-baik syair adalah yang berupa pepatah dan sebaik-baik pepatah adalah yang bukan syair.
29. Yang paling merugikan kamu ialah mengisyaratkan pemimpin kamu bahawa kamu lebih mengetahui tentang kepimpinan daripadanya.
30. Bergaullah dengan manusia yang baik, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi, dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

About sherlytml

cuek, jutek, tp peduli

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: